Instagram

Tuesday, December 27, 2011

Resipi 1# : Pizza Macaroni


Assalamualaikum W.R.T & Salam Sejahtera

Bahan-bahannya :

  1. 200g Makaroni
  2. 5 biji telur
  3. 1 ulas bawang besar (kuning)
  4. 1 biji cili hijau
  5. 1 biji cili merah
  6. 1 biji tomato
  7. Sosej
  8. Minyak zaitun (olive oil)\

Cara-caranya :

1. Rebuskan makaroni dan sosej terlebih dahulu.



2. Sambil menunggu makaroni dan sosej siap direbus, 
hiris bawang besar,cili merah,cili hijau serta potong tomato dan
campurkannya di dalam bekas.


3. Setelah sosej siap derebus, potongkan sosej tersebut seperti dibawah.


4. Gaulkan sosej yang dipotong bulat bersama
 hirisan bawang besar,cili merah, cili hijau serta tomato. 


5. Masukkan makaroni dan selepas digaul bersama, 
masukkan telur. Gaul hingga sebati.


6. Sediakan kuali dan panaskan minyak zaitun.


7. Curahkan kesemua bahan-bahan ke dalam periuk panas. Tunggu sehingga masak. 
(Balik-balikkan pizza supaya bahan-bahan masak)


8. PIZZA MACARONI sedia untuk dimakan 



JOM CUBA ^_^


1 orang komen:

alanbaik said...

Pizza makaroni sedap gilos sampai kena buat kali kedua keesokannya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...