Instagram

Sunday, December 30, 2012

1# ICT Shah Alam - Snow Walk


Assalamualaikum W.R.T & Salam Sejahtera

CN ada terbaca satu post oleh seorang Blogger yang mengatakan ICT cekik darah disebabkan kos terlalu tinggi.. CN pun gatal nak try tengok duit habis banyak ke tak.. (*Actually memang teringin nak pergi :) )


Kalau sebelum ni.. CN keluar dengan si Dia, CN jarang nak ambil gambar, sebab CN malas nak kuarkan kamera, tapi arini, CN jadi model..chewah..thanx dear!





Kebetulan pula ada Hari Sayangi Selangor, so parking free.. Alhamdulillah.. kami sampai di ICT ni pada pukul 3 petang.. by Google Map + Kata2 Kak Su + Kata2 Diana + Kata2 Syafiq juga la kami berjaya tiba ke destinasi.. Kami datang2, terus terjah Snow Walk sebab panas terik kat luar..hihi




cop..adakah gambar di Snow Walk ICT ni gambar Yana Samsuddin? (*persoalanku)


















Tips ke Snow Walk :

1. Sila pergi Snow Walk pada waktu siang kerana pada waktu Siang (Sebelum 6.00 petang) harga tiket Snow Walk adalah RM 25.00.. Tapi sekiranya pukul 6.00 petang ke atas, tiket bertambah kepada RM 35.00.. beza RM 10 untuk benda yang sama..

2. Pastikan anda membawa SARUNG TANGAN, SNOW CAP, STOKIN dan KASUT BERTUTUP PENUH dari rumah bagi mengelakkan PEMBAZIRAN berlaku (*sebab nak kena beli semua tu disana)

3. Sediakan RM 2.00 siap-siap sebab dalam Snow Walk ni tak boleh bawak handbag.. kene letak dalam locker

4. Pakai setebal yang boleh, kami pakai baju sejuk yang dia bagi je (Xtahan lama sejuk.. 40 minit je tahan)

5. Bawak kamera sebab ice dalam tu memang cantik!

6. Jangan lepaskan peluang main gelungsur ice tu, memang seronok, nampak macam simple je tapi best!



0 orang komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...